Saturday, December 23, 2017

Terpaksa guna air kotor, berkeladak



KUALA LUMPUR  Isu masalah air kotor dan berkeladak yang dihadapi pengguna di sekitar Lembah Klang bukan perkara baharu.

Walaupun masalah ini hanya dihadapi pengguna di beberapa kawasan, namun ia tidak boleh dipandang sebelah mata oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

Ini kerana pengguna tetap perlu membayar bil yang agak tinggi walaupun mereka tidak mendapat bekalan air berkualiti seperti yang dipertanggungjawabkan.

Berdasarkan beberapa aduan yang diterima baru-baru ini, wartawan Kosmo! telah melakukan tinjauan di beberapa kawasan perumahan di Lembah Klang bagi mendapatkan gambaran sebenar.

Seorang penduduk di Pantai Dalam, Amran Zakir, 31, berkata, caj bil bulanan yang dibayar tidak setimpal kerana bekalan air di rumahnya kotor.

Katanya, kotoran tersebut akan terkumpul di dasar tangki dan boleh menyebabkan paip tersumbat.

Setiap bulan bil air perlu dilangsaikan tetapi air yang dibekalkan air kotor.

Tambah teruk kadangkala bekalan air tiada kerana tekanan rendah, katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

No comments:

Post a Comment