Bau busuk dan pemandangan yang tidak menyenangkan menghantui pengunjung sebuah taman rekreasi di Seksyen 7 di sini.
pihak berkuasa tempatan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dilihat gagal melaksanakan tanggungjawab melakukan kerja-kerja pembersihan dengan segera.
"Sebelum ini, kawasan rekreasi ini berada dalam keadaan bersih dan menenangkan tetapi sejak kebelakangan ini terutama selepas hujan, keadaan bertambah teruk.
"Sepatutnya PBT perlu memberi tumpuan terhadap tahap kebersihan di kawasan ini kerana ia menjadi tempat tumpuan orang ramai untuk beriadah," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, Yellamalai Palasamy, 58, pula menyalahkan sikap pengunjung yang bersikap sambil lewa dan tidak menjaga kebersihan kemudahan awam bersama.
"Tahap kebersihan di taman rekreasi ini yang tidak memuaskan jelas membuktikan kurangnya kesedaran sivik di kalangan rakyat negara ini.
"Walaupun majoriti rakyat negara telah diberi pendidikan yang baik, namun kesedaran sivik mereka masih berada pada tahap yang rendah," tegas pesara kerajaan itu.
Penuntut Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di Universi Teknologi Mara (UiTM), Muhammad Taqiyuddin Yusof, 23, pula berkata, sepatutnya tidak timbul soal tahap kebersihan tidak memuaskan memandangkan status negara ini sebagai negara yang pesat membangun.
Remaja yang berasal dari Kuantan, Pahang itu turut menuding jari kepada kontraktor yang dilantik PBT kerana didapati gagal melaksanakan tugas mereka dengan baik.
"Saya kecewa kerana setiap kali melihat keadaan taman rekreasi ini yang dipenuhi sampah serta mengeluarkan bau busuk yang tidak menyenangkan.
"Cara kontraktor yang bertanggungjawab terhadap tahap kebersihan di taman rekreasi ini juga boleh dipertikaikan kerana mereka jelas terbukti gagal melaksanakan tugas mereka dengan baik," jelasnya.
Seorang lagi pengunjung, Asmawi Ahmad, 35, berkata, walaupun taman rekreasi itu berada dalam keadaan jijik dan kotor, tetapi ia tetap dikunjungi oleh orang ramai kerana lokasinya yang terletak berhampiran dengan kawasan perumahan mereka.
"Saya harap pihak bertanggungjawab dapat bertindak supaya taman rekreasi ini dapat kembali bersih dan menenangkan seperti sedia kala," katanya.
Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di taman rekreasi itu mendapati, selepas waktu hujan, sampah yang memenuhi tasik berkenaan melimpah keluar ke kawasan tebing.
Keadaan menjadi bertambah teruk apabila pihak berkuasa tempatan gagal membersihkan sampah itu dengan segera hingga ia mengeluarkan bau busuk.
No comments:
Post a Comment