Thursday, December 28, 2017

Terpaksa minum air kotor punca Orang Asli bangkit melawan



TERPAKSA minum air kotor menjadi salah satu punca utama Orang Asli Gua Musang, Kelantan bangkit menentang dan melawan tauke balak daripada meneruskan aktiviti pembalakan di penempatan kediaman mereka.

Aktiviti pembalakan sebelum ini didakwa telah mencemarkan sungai yang menjadi punca bekalan air digunakan oleh orang asli untuk mandi, membasuh malah untuk memasak dan minum.

Aktiviti pembalakan yang tidak mengambil kira pencemaran alam membuatkan berlakunya hakisan tanah yang teruk, tanah-tanah yang terhakis itu pula masuk ke sungai-sungai dibawa oleh runtuhan tanah dan aliran air hujan menyebabkan sumber air menjadi sangat kotor.




Salah seorang aktivis yang masuk ke penempatan orang asli itu telah mendedahkan rakaman video bagaimana orang asli terpaksa minum air kotor untuk meneruskan hidup akibat aktiviti pembalakan telah mencemarkan punca air mereka.





Air yang diminum oleh mereka, anak-anak mereka termasuk bayi yang baru dilahirkan begitu kotor saling tak tumpah seperti air lecak yang dikutip dari lopak-lopak air selepas hujan.

Jika sudah sampai tahap anak dan isteri terpaksa minum air kotor untuk teruskan hidup, jangan kata orang asli, aku sendiri sanggup berputih tulang lawan tauke balak dan sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan mereka.


No comments:

Post a Comment