TANAH MERAH - Rutin harian lebih 1,000 penduduk di Kampung Nibong dan Kampung Wakaf Simen, dekat sini, terjejas teruk sejak lebih dua bulan lalu, apabila sumber utama bekalan air mereka tercemar yang didakwa berpunca daripada aktiviti pembalakan.
Kecewa selepas tiada tindakan diambil walaupun aduan sudah dibuat kepada pihak berkenaan, penduduk dua kampung terbabit berhimpun secara aman bagi membantah kegiatan pembalakan itu, di sini, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Air Bersih Kampung Nibong, Kamaruzaman Derahman, 51, mendakwa, aktiviti pembalakan di atas Bukit Kemahang itu menyebabkan kawasan tadahan air bukit atau tandak yang menjadi sumber utama bekalan air penduduk terjejas.
Dakwanya, aktiviti pembalakan itu menyebabkan bekalan air penduduk menjadi keruh dan berselut, terutama selepas hujan dan keadaan itu akan berlarutan selama beberapa hari.
“Masalah air kotor dan langsung tidak boleh diguna ini menyebabkan penduduk terpaksa membeli air mineral untuk kegunaan harian dan keadaan ini sudah pasti membebankan penduduk kampung,” dakwanya, semalam.
Kamaruzaman mendakwa, masalah itu mula timbul beberapa hari menjelang Ramadan lalu, apabila pihak terbabit mula menjalankan aktiviti pembalakan di sektor kuari milik sebuah syarikat perlombongan kuari batu atas bukit berkenaan.
“Beberapa aduan dibuat termasuk menghantar surat bantahan kepada pejabat perhutanan serta Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri pada 7 Ogos lalu tetapi sehingga hari ini, masih tiada tindakan diambil,” katanya.
Seorang penduduk, Hassan Mohamad, 43, mendakwa, masalah itu turut diadukan kepada syarikat kuari terbabit, namun pihak berkenaan tidak mengendahkan kesusahan dialami penduduk.
“Bagi saya yang ada ramai anak yang masih bersekolah, masalah air kotor amat menyusahkan terutama untuk membasuh baju sekolah anak sehingga terpaksa hantar ke kedai dobi.
“Bagi penduduk yang tak mampu nak hantar kedai dobi, mereka terpaksa tumpang guna air telaga atau air boring milik jiran tetapi malu juga kalau setiap hari nak menumpang,” katanya yang ada enam anak.
Justeru, dia merayu pihak berwajib supaya ambil tindakan bagi mengatasi masalah itu termasuk memberhentikan kegiatan pembalakan di kawasan berhampiran tandak air.
Bagi Mastura Harun, masalah air keruh dan berselut menyebabkan pakaian sekolah anaknya menjadi kuning, malah air sama tidak dapat digunakan untuk mengambil wuduk kerana terlalu kotor.
“Saya minta pihak terbabit ‘kembalikan’ semula air bersih kepada kami dan jangan ganggu kawasan tandak air yang jadi sumber utama bekalan air kami sejak berpuluh tahun lalu,” katanya.
Hasnah Mohamad pula tidak dapat menahan sebak apabila menceritakan kesukaran dihadapinya akibat daripada masalah air kotor itu yang warnanya diibaratkan seperti air teh.
“Saya dah tak sanggup nak hidup dalam keadaan seperti ini hinggakan nak basuh baju pun tak boleh dan terpaksa beli bertong-tong air mineral untuk kegunaan harian.

No comments:
Post a Comment