Sunday, December 3, 2017

Anda sanggup minum air kotor.

Terdapat beberapa jenis pencemaran air:
1. Pencemaran mikroorganisme
Air boleh dicemari oleh mikroorganisme seperti bakteria, virus, kulat, protozoa dan parasite yang boleh membawa pelbagai penyakit. Mikroorganisme ini tidak boleh dilihat dengan mata kasar dan air mungkin nampak bersih. Di antara penyakit-penyakit yang boleh dibawa oleh air yang tercemar ini adalah penyakit demam kepialu, penyakit taun dan disentri. Pencemaran yang disebabkan oleh mikrob ini juga dikenali sebagai pencemaran biological.
2. Pencemaran bahan kimia
Air juga boleh tercemar oleh bahan kimia. Pencemaran ini boleh disebabkan oleh alam semulajadi ataupun oleh manusia. Contoh-contoh pencemaran bahan kimia adalah nitrogen, garam, racun serangga, logam, toksin dari bakteria, ubat-ubatan dan lain-lain lagi. Ini boleh berlaku apabila manusia menggunakan baja dan bahan kimia untuk menyuburkan tumbuh-tumbuhan. Kandungan baja ini akan mencemarkan air dan boleh masuk ke sungai-sungai dan lautan. Kilang-kilang yang menghasilkan ubat-ubatan ataupun baja-baja ini juga boleh menyumbang pencemaran air jika mereka membuang bahan-bahan buangan ke dalam sungai ataupun laut.
3. Pencemaran Fizikal
Pencemaran fizikal adalah pencemaran yang menyebabkan perubahan sifat fizikal air. Contoh pencemaran fizikal ini adalah pencemaran air tasik dan sungai disebabkan oleh hakisan tanah yang menyebabkan air menjadi berwarna kekuningan dan sebagainya.
4. Pencemaran Radiologikal
Pencemaran radiological adalah keadaan di mana air dicemari oleh bahan-bahan radioaktif yang boleh mengeluarkan sinaran x atau pun sinaran gamma. Contoh-contoh bahan radioaktif yang boleh mencemarkan air adalah rodon, cesium, plutonium dan uranium.

No comments:

Post a Comment